Visi

SK Lobang Batu dalam kelompok sepuluh terbaik di daerah Serian menjelang 2015.

Misi

Berusaha untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan rendah yang terancang dan efektif untuk memenuhi keperluan murid untuk mencapai matlamat pendidikan negara.

Thursday, 27 March 2014

Urusan Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29, DG32, DG34 Dan DG38 Yang Memperolehi Ijazah Semasa Dalam Perkhidmatan Ke Gred DG42 Di KPM

Untuk makluman warga guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG42. Mana-mana pegawai yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Ketua Jabatan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) di KPM bagi tujuan kenaikan pangkat tersebut. Sila klik.

Sunday, 9 February 2014

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Untuk makluman semua, pihak kementerian telah mengeluarkan Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat bagi menyeragamkan pemakaian baju korporat di kalangan pegawai / kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sila klik.

Monday, 3 February 2014

Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah Gred DG41 di Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

Untuk makluman guru, sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa permohonan bagi mengisi jawatan Penolong Pengarah Gred DG 41.


Maklumat lanjut seperti di bawah:




Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Sharifah Nurulhuda Bt. Syed Mohamed di talian 03-88849176. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada 15 Februari 2014 ke alamat berikut :


Pengarah Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan MalaysiaAras 2, 
Blok E2,Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Semakan Status Ujian Kompetensi ICT 2013

Untuk maklumat semua, semakan status Ujian Kompetensi ICT 2013 kini dibuka. Sila klik.

Friday, 24 January 2014

Urusan Pemangkuan Gred DG41 ke DG44 2014

Untuk makluman, Iklan Urusan Pemangkuan Gred DG41 ke Gred DG44 Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam akan disiarkan pada Bulan Februari 2014. Sehubungan dengan itu, Ketua Jabatan adalah dipohon supaya melaksanakan pengemaskinian terkini maklumat PPP di bawah pentadbiran masing-masing. Manakala bagi PPP pula dipohon supaya menyemak kembali maklumat-maklumat yang telah dikemaskini oleh Ketua Jabatan bagi memudahkan urusan yang akan dilaksanakan kelak. Sila klik.

Sunday, 17 November 2013

Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2013 dan Keputusan UPSR 2013

Pada hari Khamis, 14 November 2013 yang lepas telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah SK Lobang Batu di Dewan SKLB. Majlis tersebut diadakan sebagai mengiktiraf pencapaian murid-murid SKLB sepanjang tahun 2013 ini. Majlis itu juga turut menyaksikan pengumuman khas daripada Guru Besar SKLB, En. Sapiee bin Deni yang membawa khabar gembira mengenai keputusan rasmi UPSR 2013.
      Keputusan UPSR SKLB 2013 adalah seperti berikut:
       5A - adik Brenda ak Norbert
       4A1B - adik Amysha Nabeela ak Tommy & adik Angelina Elvyna ak Marcus
       72.41% - peratus Lulus Penuh (meningkat 20.89% berbanding 2012)
       2.36 - GPS (meningkat 0.5 berbanding 2012)

       Warga SKLB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak pentadbir, barisan guru Tahun 6, semua guru, staf-staf sokongan dan swasta serta murid-murid Tahun 6 yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan SKLB antara sekolah terbaik UPSR 2013.