Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Tuesday 23 October 2012

Sukan Tahunan Antara Rumah ke-18.

Isnin, 22 Oktober 2012.
SK Lobang Batu dengan kerjasama PIBG SKLB telah berjaya menganjurkan Sukan Tahunan Antara Rumah ke-18 di Padang Kampung Sebintin. Sukan Tahunan ini telah dirasmikan oleh PPD Serian melalui wakilnya, En. Maurice Jusimin. Sebanyak 55 acara padang dan balapan serta sukaneka untuk murid Prasekolah telah dipertandingkan sepanjang kejohanan berlangsung. Rumah-rumah yang bertanding adalah Rumah Hijau, Rumah Biru, Rumah Merah dan Rumah Kuning. Juara Keseluruhan  dirangkul oleh Rumah Hijau untuk kali yang ke-4 berturut-turut. Naib juara adalah Rumah Biru dan tempat ketiga jatuh kepada Rumah Merah. Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga kontijen tersebut.
          Warga SKLB juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Sukan Tahunan ini. Semoga kerjasama erat ini akan sentiasa terjalin dalam menjayakan program sekolah pada masa akan datang.






Sunday 21 October 2012

SAPS.

Untuk makluman semua guru. Pengisian markah Peperiksaan Akhir Tahun sudah dibuka. Tarikh akhir memasukkan markah adalah pada 30 November 2012. Sila masuk ke Aplikasi Talian.

SPPBS

Untuk makluman guru KSSR. Semua prestasi murid Tahun 1 dan Tahun 2 2012 perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012. Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi, bagi memberi laluan kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'. Sila masuk ke Aplikasi Talian.

e-Cerap

Untuk makluman.  Tarikh akhir pelaporan secara talian hasil pencerapan P & P adalah pada 30 Oktober 2012. Sila masuk ke Aplikasi Talian.

Saturday 20 October 2012

Kejohanan Tenpin Boling PPD Serian.

Sabtu, 20 Oktober 2012.
SKLB telah menghantar 1 pasukan untuk menyertai Kejohanan Tenpin Boling anjuran PPD Serian yang bertempat di Crystal Bowl BDC, Kuching. Ahli pasukan terdiri daripada 2 orang guru dan 4 staf sokongan SKLB telah berjaya merangkul tempat ke-2 keseluruhan selain mengungguli 3 hadiah untuk kategori individu iaitu Anugerah 'Strike' Terbanyak, Jatuhan Pin Terbanyak Wanita dan Ke-4 bagi Jatuhan Pin Terbanyak Lelaki.
         Warga SKLB mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Tenpin Boling SKLB diatas kejayaan ini. Semoga pasukan ini akan terus mengharumkan nama SKLB pada kejohanan yang akan datang.




Friday 12 October 2012

Pameran Sains 2012.

Jumaat, 12 Oktober 2012.
Panitia Sains SK Lobang Batu dibawah pimpinan Cikgu Joe Benny, Cikgu Elizer dan Cikgu Sayus serta dibantu oleh murid-murid SK Lobang Batu telah berjaya mengadakan Pameran Sains yang bertemakan 'Projek Sains dan Teknologi". Pameran tersebut telah dirasmikan sendiri oleh Guru Besar, En. Sapiee bin Deni di Makmal Sains SKLB. Pelbagai hasil projek-projek menarik murid-murid SKLB telah dipamerkan dan dipersembahkan dengan jayanya. 
       Warga SKLB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Panitia Sains dan semoga guru-guru serta murid-murid yang terlibat dapat meneruskan lagi usaha ini pada masa akan datang.





















Saturday 6 October 2012

Makan Malam PIBG SK Lobang Batu.

Pada 5 Oktober 2012 telah diadakan Majlis Makan Malam anjuran bersama PIBG SK Lobang Batu di Dewan Masyarakat Serian. Majlis yang julung kali diadakan ini adalah untuk mengutip derma dan menambah dana PIBG SKLB. Majlis bersejarah ini diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia merangkap Ahli Parlimen P199 Serian, Datuk Richard Riot anak Jaem. Pada majlis ini juga, YB Datuk Richard telah bermurah hati menghulur derma peribadi beliau berjumlah RM10 000 kepada akaun PIBG SKLB.
    Warga SKLB mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Richard kerana sudi menerima undangan dan memeriahkan lagi majlis kami. Semoga YB Datuk Richard akan terus memberi khidmat bakti beliau kepada warga Serian dan seluruh rakyat Malaysia.