Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Tuesday 25 September 2012

Salam Takziah.

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada Cikgu Jijah anak Gimen telah meninggal dunia pada petang Isnin, 24 September 2012. Seluruh warga SKLB ingin mengucapkan takziah kepada keluarga beliau diatas pemergian bondanya yang tercinta. Semoga beliau serta keluarga dapat menerima berita sedih ini dengan sabar dan tabah.

Sunday 23 September 2012

Kem Motivasi Murid Tahun 5.

SK Lobang Batu telah mengadakan Kem Motivasi khas untuk murid Tahun 5 sebagai persediaan kepada mereka sebelum menjejak kaki ke Tahun 6 pada tahun hadapan. Program motivasi ini bermula pada hari Jumaat, 21 September 2012 dan berakhir pada 23 Oktober 2012. Pelbagai aturcara telah diadakan bagi mengisi program motivasi tersebut. 
     Warga SKLB berharap program motivasi ini dapat membantu murid-murid Tahun 5 dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang sebenar pada tahun hadapan. 


Aktiviti-aktiviti Kem Motivasi Tahun 5 2012.









Monday 10 September 2012

Selamat menduduki UPSR kepada semua calon SK Lobang Batu.

Esok merupakan detik penting bagi semua murid tahun 6 di seluruh Malaysia. Mereka akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) setelah bertungkus-lumus belajar sepanjang 6 tahun di peringkat sekolah rendah. Warga SK Lobang Batu mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon SKLB yang disayangi, semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang.

Monday 3 September 2012

Sambutan Ambang Kemerdekaan ke-55 Peringkat Sekolah.


Pada 30 Ogos 2012 yang lepas, telah diadakan sambutan Ambang Kemerdekaan ke-55 peringkat sekolah SK Lobang Batu. Bertempat di Dewan Wawasan, pelbagai acara telah diadakan bermula seawal jam 8 pagi. Semua warga SKLB iaitu murid-murid, semua guru dan staf-staf sokongan serta pekerja swasta telah bersama-sama meraikan sambutan tersebut.
     Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-55 diucapkan kepada semua warga SK Lobang Batu dan seluruh warga pendidik di Malaysia khasnya.