Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Wednesday 29 May 2013

Permohonan Guru Cemerlang

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Cemerlang di sekolah dan Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2013. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah diberi mandat untuk menjadi Urus Setia Induk Penilaian Guru Camerlang dan Pensyarah Cemerlang 2013.

Pemangkuan gred jawatan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Guru Sekolah : Gred Khas C, DG54, DG52, DG44, DGA38, DGA34 & DGA32
Pensyarah IPG : Gred Khas C & DG48
Pensyarah IAB / KM/ ELTC :Gred Khas C, DG54 & DG52

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Jumaat, 21 Jun 2013.

Syarat Umum Permohonan
1. Telah disahkan dalam perkhidmatan
2. Telah dinaikkan pangkat ke gred semasa. Calon yang sedang memangku tidak layak memohon
3. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85% dan ke atas untuk setiap tahun bagi tahun 2010, 2011, dan 2012
4. Bebas daripada tindakan tatatertib
5. Telah membuat pengisytiharan harta (tempoh sah laku 5 tahun)
6. Lulus tapisan keutuhan SPRM
7. Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan / tabung pendidikan
8. Diperaku oleh Ketua Jabatan

Syarat Khusus Permohonan
1. Tempoh perkhidmatan melebihi 5 tahun pada 1 Januari 2013.
(*Bagi yang posting pada 1 Januari 2008 atau sebelumnya. Jika posting selepas 1 Januari 2008, bermakna tahun perkhidmatan baru 4 tahun dan 3++ hari)
2. Pemohon telah disahkan jawatan dalam gred semasa.
3. Mata pelajaran / bidang kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran / bidang utama yang diajar oleh pemohon.
4. Mengajar mata pelajaran / bidang kepakaran selama 3 tahun terakhir berturut-turut.
5. Calon bidang pentadbiran (seperti PK, Guru Kanan) boleh memohon, dengan syarat mesti melepaskan jawatan tersebut jika ditawarkan Guru Cemerlang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=3282