Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Tuesday, 2 December 2014

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2014

Rabu, 26 November 2014.

Majlis Pengumuman Keputusan UPSR 2014 telah diadakan di Dewan Sri Silabur SKLB pada jam 10 pagi. Semua murid Tahun 6 telah hadir sambil ditemani oleh ibu bapa masing-masing. Guru Besar SKLB, En. Sapiee bin Deni telah menyampaikan pengumuman tersebut bersama-sama PK 1, En. Michael anak Dasak.
       Secara keseluruhan keputusan UPSR SKLB pada tahun 2014 mencatat penurunan dari segi peratus kelulusan dan GPS. Walaupun keputusan UPSR kurang memuaskan tetapi kualiti 5A masih dapat dikekalkan pada tahun ini.
       Keputusan UPSR 2014 adalah seperti berikut:
   
       5A - adik Megan Everlinna anak Silikau
       4A1B - adik Gloria Daisy anak Neset
       3A2B - adik Steffy Natalie anak Franky
       51.37% (19/37) - penurunan 24.49% berbanding tahun lepas.
       2.88 - GPS 2014 menurun 0.52 berbanding GPS 2013.

      Warga SKLB mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid-murid yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya, usahlah berputus asa. Perjalanan anda semua masih jauh. Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.


GB En. Sapiee bin Deni menyerahkan slip keputusan kepada adik Megan Everlinna

Penyerahan slip keputusan kepada adik Gloria Daisy


Bergambar bersama murid-murid Tahun 6 selepas tamat majlis Pengumuman Keputusan UPSR 2014

      

Monday, 1 December 2014

GAMBAR KELAS SKLB 2014


Pra Sekolah 
Guru: Pn. Rebecca anak Joseph Ajui
PPM: Pn. Rogina anak Raon


Program Pendidikan Khas Integrasi (kelas PPKI 1 & PPKI 2)
Guru Kelas PPKI 1: Cik Noor Zulaikha binti Kassnan
Guru kelas PPKI 2: Pn. Nor Najihah binti Abdullah
PPM: Pn. Elizabeth Diana anak Anggun


Tahun 1
Guru Kelas: Pn. Teresa anak Gunting
Ketua Kelas: Solskjaer anak Norbert
Pen. ketua Kelas: Raelene Fenella Dayang anak Belawan


Tahun 2 
Guru Kelas: Pn. Josephine anak James Kurod
Ketua Kelas: Gurny anak Benjamin
Pen. Ketua Kelas: Christina Alyn anak Marcus


Tahun 3
Guru Kelas: Pn. Sabrina anak Senada Henry Bernard
Ketua Kelas: Angelara Paska anak Silvester
Pen. Ketua Kelas: Julian anak Jagum


Tahun 4
Guru kelas: Pn. Desy anak Entawai
Ketua Kelas: Evertson Belcher anak Paul
Pen. Ketua Kelas: Arianna Daniela anak Tommy


Tahun 5
Guru Kelas: Pn. Elizer anak Juckie
Ketua Kelas: Marco Macson anak Freddy Herman
Pen. Ketua Kelas: Carolina Elva anak Marcus


Tahun 6
Guru Kelas: En. Larry anak Nyanyen
Ketua Kelas: Japrince Surin anak Jacob
Pen. Ketua Kelas: Floria Denia anak Jagum

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 MRSM 2015

Untuk makluman warga SKLB, permohonan secara online kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM 2015 telah dibuka pada 27 November 2014 sehingga 10 Disember 2014. Bagi warga SKLB yang berminat sila klik Iklan Tawaran Bagi Calon Pelajar Di Sabah dan Sarawak. Permohonan Online sila klik di sini.

Monday, 3 November 2014

Keputusan Permohonan Perpindahan Guru Bagi Sesi Januari 2015

Untuk makluman semua guru. Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Bahagian Sesi Januari 2015 telah diumumkan pada jam 11.30 malam, 31 Oktober 2014. Sila klik untuk semak permohonan.

Wednesday, 15 October 2014

TAKWIM SEKOLAH 2015.

Untuk makluman semua. Takwim sekolah 2015 telah dikeluarkan oleh pihak KPM. Sila klik.

Friday, 10 October 2014

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN GRED DG32 HINGGA GRED DG54

Untuk makluman semua warga SKLB. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan kenaikan pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan Tahun 2013 Dan Januari Hingga Jun 2014 (Urusan Cicir) bermula dari 13 Oktober sehingga 12 Disember 2014. Sila klik.

Thursday, 27 March 2014

Urusan Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29, DG32, DG34 Dan DG38 Yang Memperolehi Ijazah Semasa Dalam Perkhidmatan Ke Gred DG42 Di KPM

Untuk makluman warga guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG42. Mana-mana pegawai yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Ketua Jabatan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) di KPM bagi tujuan kenaikan pangkat tersebut. Sila klik.

Sunday, 9 February 2014

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Untuk makluman semua, pihak kementerian telah mengeluarkan Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat bagi menyeragamkan pemakaian baju korporat di kalangan pegawai / kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sila klik.

Monday, 3 February 2014

Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah Gred DG41 di Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

Untuk makluman guru, sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa permohonan bagi mengisi jawatan Penolong Pengarah Gred DG 41.


Maklumat lanjut seperti di bawah:




Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Sharifah Nurulhuda Bt. Syed Mohamed di talian 03-88849176. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada 15 Februari 2014 ke alamat berikut :


Pengarah Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan MalaysiaAras 2, 
Blok E2,Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Semakan Status Ujian Kompetensi ICT 2013

Untuk maklumat semua, semakan status Ujian Kompetensi ICT 2013 kini dibuka. Sila klik.

Friday, 24 January 2014

Urusan Pemangkuan Gred DG41 ke DG44 2014

Untuk makluman, Iklan Urusan Pemangkuan Gred DG41 ke Gred DG44 Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam akan disiarkan pada Bulan Februari 2014. Sehubungan dengan itu, Ketua Jabatan adalah dipohon supaya melaksanakan pengemaskinian terkini maklumat PPP di bawah pentadbiran masing-masing. Manakala bagi PPP pula dipohon supaya menyemak kembali maklumat-maklumat yang telah dikemaskini oleh Ketua Jabatan bagi memudahkan urusan yang akan dilaksanakan kelak. Sila klik.

Sunday, 17 November 2013

Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2013 dan Keputusan UPSR 2013

Pada hari Khamis, 14 November 2013 yang lepas telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah SK Lobang Batu di Dewan SKLB. Majlis tersebut diadakan sebagai mengiktiraf pencapaian murid-murid SKLB sepanjang tahun 2013 ini. Majlis itu juga turut menyaksikan pengumuman khas daripada Guru Besar SKLB, En. Sapiee bin Deni yang membawa khabar gembira mengenai keputusan rasmi UPSR 2013.
      Keputusan UPSR SKLB 2013 adalah seperti berikut:
       5A - adik Brenda ak Norbert
       4A1B - adik Amysha Nabeela ak Tommy & adik Angelina Elvyna ak Marcus
       72.41% - peratus Lulus Penuh (meningkat 20.89% berbanding 2012)
       2.36 - GPS (meningkat 0.5 berbanding 2012)

       Warga SKLB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak pentadbir, barisan guru Tahun 6, semua guru, staf-staf sokongan dan swasta serta murid-murid Tahun 6 yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan SKLB antara sekolah terbaik UPSR 2013.

Thursday, 17 October 2013

Ujian Kompentensi ICT Online

Untuk makluman semua. 
Ujian ini merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semua GURU dan PENTADBIR WAJIB menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan. 
Sila ikut tarikh seperti berikut untuk menggelakkan kesesakkan sistem:26 Sep - 02 Oct 2013 - Perlis, Perak dan Melaka03 Oct - 08 Oct 2013 - Kelantan, Terengganu dan Pahang09 Oct - 16 Oct 2013 - P.Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur17 Oct - 22 Oct 2013 - Negeri Sembilan dan Johor23 Oct - 31 Oct 2013 - Sabah, Sarawak, Labuan dan Selangor. Sila klik.

Makluman: * Sekiranya mempunyai masalah semasa "Log Masuk" sila hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 atau di emailhelpdesk@opulens-sa.com* Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

Monday, 22 July 2013

Surat Siaran Cuti Peristiwa Dan Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2013

Untuk makluman semua. Surat siaran Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2013 telah dikeluarkan secara rasmi oleh KPM. Untuk maklumat lanjut, sila klik.

Wednesday, 29 May 2013

Permohonan Guru Cemerlang

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Cemerlang di sekolah dan Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2013. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah diberi mandat untuk menjadi Urus Setia Induk Penilaian Guru Camerlang dan Pensyarah Cemerlang 2013.

Pemangkuan gred jawatan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Guru Sekolah : Gred Khas C, DG54, DG52, DG44, DGA38, DGA34 & DGA32
Pensyarah IPG : Gred Khas C & DG48
Pensyarah IAB / KM/ ELTC :Gred Khas C, DG54 & DG52

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Jumaat, 21 Jun 2013.

Syarat Umum Permohonan
1. Telah disahkan dalam perkhidmatan
2. Telah dinaikkan pangkat ke gred semasa. Calon yang sedang memangku tidak layak memohon
3. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85% dan ke atas untuk setiap tahun bagi tahun 2010, 2011, dan 2012
4. Bebas daripada tindakan tatatertib
5. Telah membuat pengisytiharan harta (tempoh sah laku 5 tahun)
6. Lulus tapisan keutuhan SPRM
7. Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan / tabung pendidikan
8. Diperaku oleh Ketua Jabatan

Syarat Khusus Permohonan
1. Tempoh perkhidmatan melebihi 5 tahun pada 1 Januari 2013.
(*Bagi yang posting pada 1 Januari 2008 atau sebelumnya. Jika posting selepas 1 Januari 2008, bermakna tahun perkhidmatan baru 4 tahun dan 3++ hari)
2. Pemohon telah disahkan jawatan dalam gred semasa.
3. Mata pelajaran / bidang kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran / bidang utama yang diajar oleh pemohon.
4. Mengajar mata pelajaran / bidang kepakaran selama 3 tahun terakhir berturut-turut.
5. Calon bidang pentadbiran (seperti PK, Guru Kanan) boleh memohon, dengan syarat mesti melepaskan jawatan tersebut jika ditawarkan Guru Cemerlang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=3282

Wednesday, 24 April 2013

Warga baru SKLB

Pada 16 April 2013 yang lepas, SKLB  telah menerima kedatangan guru baru dari SK Gahat Mawang iaitu Puan Desy ak Entawai. Beliau baru sahaja berpindah ke Daerah Serian pada awal tahun ini setelah 2 tahun berkhidmat di SK Kampung Kebuaw di Daerah Dalat. 
     Warga SKLB ingin mengucapkan 'Selamat Datang' kepada Puan Desy dan berbesar hati dengan kedatangan beliau ke sekolah ini. Semoga kita dapat bekerjasama dan berjaya memacu SKLB untuk mencapai kecemerlangan.

Tuesday, 23 April 2013

Perpindahan Warga SKLB .

Bermula pada hari Isnin, 22 April 2013, menyaksikan seorang guru SKLB, Encik Elvis ak Dickson berpindah ke sekolah baru setelah menerima perlantikan sebagai PKKK di SK Riih Daso. Beliau merupakan salah seseorang warga SKLB yang paling lama berkhidmat di sekolah ini. Setelah hampir 20 tahun menabur bakti di SKLB, beliau mengambil keputusan untuk bertukar angin dan menimba pengalaman sebagai Penolong Kanan Ko-Kurukulum. 
      Warga SKLB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Elvis diatas perlantikan baru beliau. Jutaan terima kasih juga diucapkan diatas jasa dan pengorbanan beliau yang tanpa jemu menyumbang tenaga dan usaha untuk kejayaan SKLB selama ini. Jasamu dikenang.

Tuesday, 9 April 2013

Sistem Pertukaran Guru Secara Online Jun 2013

Untuk makluman para guru. Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DGA 34 (KUP time based), DG 41, DG 44 (KUP time based), DG 48 (KUP time based) dan DG 52 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 April 2013. Sila klik.

Friday, 8 February 2013

Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) 2013.

 Untuk makluman semua guru. Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) 2013. Sila klik.