Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Friday, 2 December 2011

Berita terkini: SBPA

Untuk makluman semua. Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dilaksanakan mulai Januari 2012. Surat pekeliling akan ditempatkan dan dihebahkan serentak di portal/laman web JPA, MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti. Keterangan lanjut sila klik.
Tempoh semua kakitangan awam untuk mengisi dan menandatangani opsyen SBPA serta melanjutkan umur persaraan adalah pada 16 hingga 31 Disember 2011. Semua guru dinasihatkan untuk menghubungi sekolah untuk mendapatkan maklumat Borang Opsyen. Sumber daripada NUTP.

Sunday, 27 November 2011

Standard Guru Malaysia (SGM)

Untuk makluman. Semua guru dikehendaki menjawab soalan Standard Guru Malaysia ( SGM ) secara online.

Semua penilaian adalah dilakukan secara kendiri dan guru-guru dikehendaki menjawab soalan secara jujur. Sila klik.


Tuesday, 22 November 2011

Patah tumbuh hilang berganti.

Pada 18 November 2011 yang lepas telah berakhirnya sesi persekolahan tahun 2011. Banyak suka duka yang telah berlaku sepanjang tahun ini. Pada tahun ini juga, beberapa staf lama telah digantikan oleh staf baru yang berpindah masuk ke SK Lobang Batu. Pada awal tahun ini, En. Ngipa ak Mara telah berpindah masuk sebagai PPM di asrama sekolah.
Pada pertengahan tahun pula menyaksikan Cikgu Daud bin Isa telah berpindah ke SK Temong dan diganti oleh Cikgu Lina ak Asan dari Sk Jude Bunan sementara Cikgu Ery Jelian dari SK Temong berpindah masuk untuk  mengisi kekurangan guru disini.
Pada akhir tahun ini juga  menyaksikan pemergian 2 orang lagi guru SK Lobang Batu yang berpindah ke sekolah baru. Cikgu Ramond Clay ak Valentine berpindah ke SK Plaman Segendar sementara Cikgu Nordin a/l Lachip berpindah ke SK St. Henry Slabi.
Semua warga SK Lobang Batu mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada staf sekolah yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk kecemerlangan sekolah. Warga sekolah turut mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat kepada staf baru yang telah dan akan masuk ke SK Lobang Batu ini. 
Semoga sekolah ini akan terus bergerak maju mengejar kecemerlangan akademik dan seterusnya mencapai visi dan misi yang telah disasarkan.
Rise Lobang Batu Rise.

Sunday, 23 October 2011

Pembatalan penggunaan SAPR16, SAP123 DAN SAP45.

Untuk makluman semua guru, SAPS - NKRA telah dilaksanakan sepenuhnya seluruh negara dan dengan ini data peperiksaan dimasukkan secara berpusat. Oleh yang demikian data semua murid akan dapat dicapai oleh KPM melalui SAPS-NKRA.
Dengan makluman ini, penggunaan SAPR16, SAP123 dan SAP45 dengan sendirinya dibatalkan. Ini adalah untuk mengelakkan guru mengisi markah murid dalam dua sistem analisis yang berbeza.


Sunday, 9 October 2011

Makluman khas pencen.

Untuk makluman semua yang berminat mengenai pencen dan ganjaran semasa berpencen, sila klik.

Monday, 15 August 2011

Sistem e-Cerap JPN Sarawak

Sukacita dimaklumkan Program Pencerapan Pengajaran Dan Pembelajaran JPN Sarawak 2011 akan dilaksanakan dengan menggunakan aspek Standard 4 dalam Istrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysian 2010 (SKPM). Sistem pelaporan hasil pencerapan secara atas talian akan mula beroperasi mulai 22 Ogos 2011 hingga 31 Oktober 2011. Pembahagian Tahap Pencapaian guru adalah mengikut pengiraan SKPM. Cara mengakses pelaporan atas talian akan dimaklumkan kemudian.

Friday, 5 August 2011

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)


Untuk makluman semua warga guru. 

Tarikh akhir kemasukan markah dilanjutkan ke 15 Ogos 2011 bagi membolehkan sekolah-sekolah lebih bersedia untuk memasukkan markah dan bagi pihak Admin menyelesaikan masalah teknikal berhubung dengan sistem. Untuk keterangan lanjut sila klik.