Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Sunday, 11 December 2011
SBPA: Pembentangan slaid oleh Tan Sri Abu Bakar bin Hj. Abdullah.
Untuk makluman. Penjelasan mengenai SBPA melalui 'slide show'. Sila klik.
Friday, 9 December 2011
Berita Terkini: Pekeliling SBPA
Untuk makluman. Hebahan pekeliling SBPA boleh dilayari mulai hari ini. Sila klik.
Semua Pekeliling yang disenaraikan adalah dalam format PDF. Bagi yang tiada perisian Acrobat Reader, sila muat turun Acrobat Reader.
Friday, 2 December 2011
Berita terkini: SBPA
Untuk makluman semua. Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dilaksanakan mulai Januari 2012. Surat pekeliling akan ditempatkan dan dihebahkan serentak di portal/laman web JPA, MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti. Keterangan lanjut sila klik.
Tempoh semua kakitangan awam untuk mengisi dan menandatangani opsyen SBPA serta melanjutkan umur persaraan adalah pada 16 hingga 31 Disember 2011. Semua guru dinasihatkan untuk menghubungi sekolah untuk mendapatkan maklumat Borang Opsyen. Sumber daripada NUTP.
Sunday, 27 November 2011
Standard Guru Malaysia (SGM)
Untuk makluman. Semua guru dikehendaki menjawab soalan Standard Guru Malaysia ( SGM ) secara online.
Semua penilaian adalah dilakukan secara kendiri dan guru-guru dikehendaki menjawab soalan secara jujur. Sila klik.
Tuesday, 22 November 2011
Patah tumbuh hilang berganti.
Pada 18 November 2011 yang lepas telah berakhirnya sesi persekolahan tahun 2011. Banyak suka duka yang telah berlaku sepanjang tahun ini. Pada tahun ini juga, beberapa staf lama telah digantikan oleh staf baru yang berpindah masuk ke SK Lobang Batu. Pada awal tahun ini, En. Ngipa ak Mara telah berpindah masuk sebagai PPM di asrama sekolah.
Pada pertengahan tahun pula menyaksikan Cikgu Daud bin Isa telah berpindah ke SK Temong dan diganti oleh Cikgu Lina ak Asan dari Sk Jude Bunan sementara Cikgu Ery Jelian dari SK Temong berpindah masuk untuk mengisi kekurangan guru disini.
Pada akhir tahun ini juga menyaksikan pemergian 2 orang lagi guru SK Lobang Batu yang berpindah ke sekolah baru. Cikgu Ramond Clay ak Valentine berpindah ke SK Plaman Segendar sementara Cikgu Nordin a/l Lachip berpindah ke SK St. Henry Slabi.
Semua warga SK Lobang Batu mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada staf sekolah yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk kecemerlangan sekolah. Warga sekolah turut mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat kepada staf baru yang telah dan akan masuk ke SK Lobang Batu ini.
Semoga sekolah ini akan terus bergerak maju mengejar kecemerlangan akademik dan seterusnya mencapai visi dan misi yang telah disasarkan.
Rise Lobang Batu Rise.
Sunday, 23 October 2011
Pembatalan penggunaan SAPR16, SAP123 DAN SAP45.
Untuk makluman semua guru, SAPS - NKRA telah dilaksanakan sepenuhnya seluruh negara dan dengan ini data peperiksaan dimasukkan secara berpusat. Oleh yang demikian data semua murid akan dapat dicapai oleh KPM melalui SAPS-NKRA.
Dengan makluman ini, penggunaan SAPR16, SAP123 dan SAP45 dengan sendirinya dibatalkan. Ini adalah untuk mengelakkan guru mengisi markah murid dalam dua sistem analisis yang berbeza.
Dengan makluman ini, penggunaan SAPR16, SAP123 dan SAP45 dengan sendirinya dibatalkan. Ini adalah untuk mengelakkan guru mengisi markah murid dalam dua sistem analisis yang berbeza.
Sunday, 9 October 2011
Makluman khas pencen.
Untuk makluman semua yang berminat mengenai pencen dan ganjaran semasa berpencen, sila klik.
Subscribe to:
Posts (Atom)