Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Sunday, 27 May 2012
Selamat bercuti dan Selamat Menyambut Gawai!
Bermula 26 Mei 2012 sehingga 10 Jun 2012 adalah cuti pertengahan tahun persekolahan. Warga SK Lobang Batu mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru di Malaysia dan cikgu 'cikgi' SK Lobang Batu khasnya. Tidak lupa diucapkan selamat menyambut Gawai kepada semua yang menyambutnya. Semoga cuti 2 minggu ini dapat digunakan sepenuhnya oleh semua guru dan staf sekolah untuk memulihkan kembali penat lelah kita selama hampir 6 bulan bertungkus lumus mendidik murid dan mengurus sekolah.
Friday, 25 May 2012
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Pada 24 Mei 2012 telah berlangsung majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memeriahkan suasana. Sambutan Hari Guru bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1230 untuk sesi pagi. Pada sebelah petang acara sukaneka diadakan membabitkan gabungan semua guru, staf-staf sekolah dan murid-murid. Sesi petang berakhir pada jam 4.00 petang.
Warga SK Lobang Batu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru seluruh Malaysia, semoga usaha kita mendidik bangsa Malaysia sentiasa meningkat pada masa hadapan. Terima Kasih Cikgu!
Warga SK Lobang Batu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru seluruh Malaysia, semoga usaha kita mendidik bangsa Malaysia sentiasa meningkat pada masa hadapan. Terima Kasih Cikgu!
Thursday, 19 April 2012
Perubahan Penetapan Gaji Permulaan Untuk Perkhidmatan Pendidikan.
Untuk makluman semua. Berikut merupakan pekeliling bertujuan untuk melaksanakan perubahan penetapan gaji permulaan untuk perkhidmatan pendidikan. Sila klik.
Wednesday, 11 April 2012
Sistem Kenaikan Pangkat (e-PANGKAT)
Untuk makluman semua. Sistem Naik Pangkat atau ePANGKAT merupakan satu sistem aplikasi dalam talian yang berintegrasi dan komprehensif bagi melaksanakan proses pemangkuan, kenaikan Pangkat, penempatan pemangkuan, pertukaran jawatan kenaikan pangkat dan memantau serta mengemaskini data-data kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Sila klik.
Sila klik.
Thursday, 5 April 2012
Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM)
Untuk makluman. Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM) online kini telah dikuatkuasakan secara menyeluruh penggunaannya oleh Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin. Sila klik.
Sunday, 1 April 2012
Pertukaran Guru Jun 2012.
Untuk makluman. Permohonan pertukaran guru kini dibuka, bermula 1 April hingga 30 April 2012. Sila klik.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 2012: Kenaikan Gaji Pegawai Kerajaan di bawah SSM
Subscribe to:
Posts (Atom)