Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Thursday, 9 August 2012
URUSAN PEMANGKUAN GURU BESAR PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DARI GRED DG41 KE DG44 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) UNTUK TAHUN 2012
Untuk makluman. Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan pemangkuan Guru Besar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dari gred DG 41 ke gred DG44 secara khas untuk penyandang (KUP) untuk 2012. Maklumat lanjut sila klik.
Thursday, 26 July 2012
PraUPSR II.
Pada 23 hingga 25 Julai 2012, SK Lobang Batu menjalankan PraUPSR II bagi semua calon UPSR tahun ini. Ujian tersebut diadakan secara serentak untuk semua sekolah di daerah Serian. Semoga semua calon UPSR SKLB berjaya menjawab kertas ujian dengan baik sekaligus meningkatkan peratus kelulusan sekolah berbanding sebelum ini.
Sunday, 15 July 2012
Senamrobik 1Murid 1Sukan.
Pada 10 Julai 2012 yang lepas, telah diadakan acara senamrobik 1Murid 1Sukan di SK Lobang Batu. Semua guru dan staf sekolah terlibat dan bersama-sama murid mengambil bahagian dalam acara tersebut. Acara senamrobik bermula pada jam 7.30 pagi sehingga jam 10 pagi. Acara ini juga diadakan serentak oleh semua sekolah di seluruh Malaysia.
Wednesday, 6 June 2012
Selamat Bersara Mantan Guru Besar.
Pada 3 Jun 2012 merupakan tarikh rasmi persaraan mantan Guru Besar SK Lobang Batu, En. Jukah anak Panow. Beliau telah memulakan tugas di SK Lobang Batu pada Julai 2007. Hampir 5 tahun beliau memimpin SK Lobang Batu telah meninggalkan banyak kenangan dan pengalaman yang bermakna kepada seluruh warga sekolah.
Selamat Bersara Cikgu Jukah, semoga cikgu berbahagia dan menikmati persaraan ini dengan gembira setelah berpuluh-puluh tahun bergelumang di dalam alam pendidikan.Warga sekolah juga mengharapkan cikgu dapat bersara dengan tenang dan berpuas hati di atas segala pencapaian sepanjang perkhidmatan bergelar pendidik. Terima Kasih Cikgu! Jasamu dikenang.
Selamat Bersara Cikgu Jukah, semoga cikgu berbahagia dan menikmati persaraan ini dengan gembira setelah berpuluh-puluh tahun bergelumang di dalam alam pendidikan.Warga sekolah juga mengharapkan cikgu dapat bersara dengan tenang dan berpuas hati di atas segala pencapaian sepanjang perkhidmatan bergelar pendidik. Terima Kasih Cikgu! Jasamu dikenang.
![]() |
En. Jukah anak Panow |
Monday, 4 June 2012
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) 2013.
Untuk makluman. Permohonan untuk mendapatkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) telah dibuka. Tarikh tutup pada 26 Jun 2012. Sila klik.
Sunday, 27 May 2012
Selamat bercuti dan Selamat Menyambut Gawai!
Bermula 26 Mei 2012 sehingga 10 Jun 2012 adalah cuti pertengahan tahun persekolahan. Warga SK Lobang Batu mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru di Malaysia dan cikgu 'cikgi' SK Lobang Batu khasnya. Tidak lupa diucapkan selamat menyambut Gawai kepada semua yang menyambutnya. Semoga cuti 2 minggu ini dapat digunakan sepenuhnya oleh semua guru dan staf sekolah untuk memulihkan kembali penat lelah kita selama hampir 6 bulan bertungkus lumus mendidik murid dan mengurus sekolah.
Friday, 25 May 2012
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Pada 24 Mei 2012 telah berlangsung majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memeriahkan suasana. Sambutan Hari Guru bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1230 untuk sesi pagi. Pada sebelah petang acara sukaneka diadakan membabitkan gabungan semua guru, staf-staf sekolah dan murid-murid. Sesi petang berakhir pada jam 4.00 petang.
Warga SK Lobang Batu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru seluruh Malaysia, semoga usaha kita mendidik bangsa Malaysia sentiasa meningkat pada masa hadapan. Terima Kasih Cikgu!
Warga SK Lobang Batu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru seluruh Malaysia, semoga usaha kita mendidik bangsa Malaysia sentiasa meningkat pada masa hadapan. Terima Kasih Cikgu!
Subscribe to:
Posts (Atom)