Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Tuesday, 25 September 2012

Salam Takziah.

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada Cikgu Jijah anak Gimen telah meninggal dunia pada petang Isnin, 24 September 2012. Seluruh warga SKLB ingin mengucapkan takziah kepada keluarga beliau diatas pemergian bondanya yang tercinta. Semoga beliau serta keluarga dapat menerima berita sedih ini dengan sabar dan tabah.

Sunday, 23 September 2012

Kem Motivasi Murid Tahun 5.

SK Lobang Batu telah mengadakan Kem Motivasi khas untuk murid Tahun 5 sebagai persediaan kepada mereka sebelum menjejak kaki ke Tahun 6 pada tahun hadapan. Program motivasi ini bermula pada hari Jumaat, 21 September 2012 dan berakhir pada 23 Oktober 2012. Pelbagai aturcara telah diadakan bagi mengisi program motivasi tersebut. 
     Warga SKLB berharap program motivasi ini dapat membantu murid-murid Tahun 5 dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang sebenar pada tahun hadapan. 


Aktiviti-aktiviti Kem Motivasi Tahun 5 2012.









Monday, 10 September 2012

Selamat menduduki UPSR kepada semua calon SK Lobang Batu.

Esok merupakan detik penting bagi semua murid tahun 6 di seluruh Malaysia. Mereka akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) setelah bertungkus-lumus belajar sepanjang 6 tahun di peringkat sekolah rendah. Warga SK Lobang Batu mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon SKLB yang disayangi, semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang.

Monday, 3 September 2012

Sambutan Ambang Kemerdekaan ke-55 Peringkat Sekolah.


Pada 30 Ogos 2012 yang lepas, telah diadakan sambutan Ambang Kemerdekaan ke-55 peringkat sekolah SK Lobang Batu. Bertempat di Dewan Wawasan, pelbagai acara telah diadakan bermula seawal jam 8 pagi. Semua warga SKLB iaitu murid-murid, semua guru dan staf-staf sokongan serta pekerja swasta telah bersama-sama meraikan sambutan tersebut.
     Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-55 diucapkan kepada semua warga SK Lobang Batu dan seluruh warga pendidik di Malaysia khasnya.




Sunday, 26 August 2012

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based).

Untuk makluman. Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 September 2012.
         Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Januari 2013 dikeluarkan mulai 21 Oktober 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 03 November 2012 .
         Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran       Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.
       Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”). Sila klik.

Wednesday, 15 August 2012

Selamat Datang ke SKLB.

Pada 13 Ogos 2012, dengan rasminya SK Lobang Batu (SKLB) telah menerima perlantikan Guru Besar baru setelah persaraan En. Jukah anak Panow pada bulan Jun yang lepas. Seluruh warga SKLB ingin mengucapkan 'Selamat Datang' dan tahniah kepada En. Sapiee bin Deni di atas perlantikan beliau sebagai Guru Besar SKLB yang baru. Beliau merupakan bekas PK 1 di SK Jalan Muhd. Musa, Kota Samarahan. 
      Warga SKLB mendoakan semoga beliau berjaya melaksanakan amanat yang diberi dengan penuh istiqamah dan akan memberi kerjasama yang penuh untuk menjadikan SKLB sebuah sekolah cemerlang menjelang 2015.

Thursday, 9 August 2012

URUSAN PEMANGKUAN GURU BESAR PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DARI GRED DG41 KE DG44 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) UNTUK TAHUN 2012

Untuk makluman. Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan pemangkuan Guru Besar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dari gred DG 41 ke gred DG44 secara khas untuk penyandang (KUP) untuk 2012. Maklumat lanjut sila klik.