Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Sunday, 21 October 2012
SPPBS
Untuk makluman guru KSSR. Semua prestasi murid Tahun 1 dan Tahun 2 2012 perlu
dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012. Selepas
tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi,
bagi memberi laluan kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'. Sila masuk ke Aplikasi Talian.
e-Cerap
Untuk makluman. Tarikh akhir pelaporan secara talian hasil pencerapan P & P adalah pada 30 Oktober 2012. Sila masuk ke Aplikasi Talian.
Saturday, 20 October 2012
Kejohanan Tenpin Boling PPD Serian.
Sabtu, 20 Oktober 2012.
SKLB telah menghantar 1 pasukan untuk menyertai Kejohanan Tenpin Boling anjuran PPD Serian yang bertempat di Crystal Bowl BDC, Kuching. Ahli pasukan terdiri daripada 2 orang guru dan 4 staf sokongan SKLB telah berjaya merangkul tempat ke-2 keseluruhan selain mengungguli 3 hadiah untuk kategori individu iaitu Anugerah 'Strike' Terbanyak, Jatuhan Pin Terbanyak Wanita dan Ke-4 bagi Jatuhan Pin Terbanyak Lelaki.
Warga SKLB mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Tenpin Boling SKLB diatas kejayaan ini. Semoga pasukan ini akan terus mengharumkan nama SKLB pada kejohanan yang akan datang.
SKLB telah menghantar 1 pasukan untuk menyertai Kejohanan Tenpin Boling anjuran PPD Serian yang bertempat di Crystal Bowl BDC, Kuching. Ahli pasukan terdiri daripada 2 orang guru dan 4 staf sokongan SKLB telah berjaya merangkul tempat ke-2 keseluruhan selain mengungguli 3 hadiah untuk kategori individu iaitu Anugerah 'Strike' Terbanyak, Jatuhan Pin Terbanyak Wanita dan Ke-4 bagi Jatuhan Pin Terbanyak Lelaki.
Warga SKLB mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Tenpin Boling SKLB diatas kejayaan ini. Semoga pasukan ini akan terus mengharumkan nama SKLB pada kejohanan yang akan datang.
Friday, 12 October 2012
Pameran Sains 2012.
Jumaat, 12 Oktober 2012.
Panitia Sains SK Lobang Batu dibawah pimpinan Cikgu Joe Benny, Cikgu Elizer dan Cikgu Sayus serta dibantu oleh murid-murid SK Lobang Batu telah berjaya mengadakan Pameran Sains yang bertemakan 'Projek Sains dan Teknologi". Pameran tersebut telah dirasmikan sendiri oleh Guru Besar, En. Sapiee bin Deni di Makmal Sains SKLB. Pelbagai hasil projek-projek menarik murid-murid SKLB telah dipamerkan dan dipersembahkan dengan jayanya.
Warga SKLB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Panitia Sains dan semoga guru-guru serta murid-murid yang terlibat dapat meneruskan lagi usaha ini pada masa akan datang.
Saturday, 6 October 2012
Makan Malam PIBG SK Lobang Batu.
Pada 5 Oktober 2012 telah diadakan Majlis Makan Malam anjuran bersama PIBG SK Lobang Batu di Dewan Masyarakat Serian. Majlis yang julung kali diadakan ini adalah untuk mengutip derma dan menambah dana PIBG SKLB. Majlis bersejarah ini diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia merangkap Ahli Parlimen P199 Serian, Datuk Richard Riot anak Jaem. Pada majlis ini juga, YB Datuk Richard telah bermurah hati menghulur derma peribadi beliau berjumlah RM10 000 kepada akaun PIBG SKLB.
Warga SKLB mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Richard kerana sudi menerima undangan dan memeriahkan lagi majlis kami. Semoga YB Datuk Richard akan terus memberi khidmat bakti beliau kepada warga Serian dan seluruh rakyat Malaysia.
Tuesday, 25 September 2012
Salam Takziah.
Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada Cikgu Jijah anak Gimen telah meninggal dunia pada petang Isnin, 24 September 2012. Seluruh warga SKLB ingin mengucapkan takziah kepada keluarga beliau diatas pemergian bondanya yang tercinta. Semoga beliau serta keluarga dapat menerima berita sedih ini dengan sabar dan tabah.
Sunday, 23 September 2012
Kem Motivasi Murid Tahun 5.
SK Lobang Batu telah mengadakan Kem Motivasi khas untuk murid Tahun 5 sebagai persediaan kepada mereka sebelum menjejak kaki ke Tahun 6 pada tahun hadapan. Program motivasi ini bermula pada hari Jumaat, 21 September 2012 dan berakhir pada 23 Oktober 2012. Pelbagai aturcara telah diadakan bagi mengisi program motivasi tersebut.
Warga SKLB berharap program motivasi ini dapat membantu murid-murid Tahun 5 dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang sebenar pada tahun hadapan.
Aktiviti-aktiviti Kem Motivasi Tahun 5 2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)

























