Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Sunday, 9 December 2012
Soal Selidik: Penilaian Kendiri Perlaksanaan PBS
Untuk makluman. Penilaian ini hendaklah diisi oleh Guru Besar. Sila klik.
Monday, 3 December 2012
Jadual Pembayaran Gaji 2013.
Untuk makluman semua. Jadual pembayaran gaji untuk tahun 2013 boleh didapati sekarang. Sila klik.
Pengisian skor PKS-SKPM 2012.
Untuk makluman.
SEMUA SEKOLAH DIPOHON UNTUK MENGISI
SKOR PKS-SKPM versi 2003 dalam Portal NKRA (www.nkra.moe.gov.my) dan
SKOR PKS-SKPM versi 2010 dalam Portal JNJK (www.moe.gov.my/skpm) BAGI TAHUN 2012
SEKOLAH RENDAH
Pengisian PKS-SKPM adalah MULAI 28 NOVEMBER 2012 HINGGA 26 DISEMBER 2012
SEKOLAH MENENGAH
Pengisian PKS-SKPM adalah MULAI 28 NOVEMBER 2012 HINGGA 20 MAC 2013
Thursday, 22 November 2012
Keputusan UPSR 2012.
Keputusan UPSR pada 19 November 2012 yang lepas telah menyaksikan peratus lulus keseluruhan SK Lobang Batu meningkat kepada 51.52%. Peningkatan ini turut diikuti dengan seorang murid iaitu adik Aezzra Marvin anak Vincent Ragot mendapat keputusan cemerlang 5A. Selain itu, 2 orang murid turut mendapat keputusan yang baik iaitu adik Aaron Marvin anak Vincent Ragot dengan keputusan 4A1C dan adik Istarika anak John Lee dengan keputusan 4A1B.
Warga SKLB mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah berjaya. Kepada yang kurang berjaya diharap jangan beputus asa dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan pada masa hadapan. Warga SKLB turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak pentadbiran dan semua guru serta staf sokongan atas kerjasama erat dalam mencapai keputusan tersebut.
Mata
pelajaran
|
Bilangan
murid
|
A
|
B
|
C
|
D
|
E
|
Peratus
|
GPMP
|
BM Pem
|
33
|
9
|
3
|
13
|
6
|
2
|
75.76%
|
2.67
|
BM Pen
|
33
|
7
|
9
|
5
|
8
|
4
|
63.64%
|
2.79
|
BI
|
33
|
3
|
4
|
15
|
7
|
4
|
66.67%
|
3.15
|
Matematik
|
33
|
4
|
5
|
16
|
6
|
2
|
75.76%
|
2.91
|
Sains
|
33
|
3
|
10
|
13
|
5
|
2
|
78.79%
|
2.79
|
GPS
|
2.86
|
Monday, 19 November 2012
Malam Bakat Murid Asrama 2012
Khamis, 8 November 2012.
Asrama SK Lobang Batu telah menganjurkan Malam Bakat Murid Asrama untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat murid-murid di asrama SKLB. Acara tahunan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan melalui penyertaan dari murid-murid yang menghuni di asrama tersebut. Pelbagai acara dipertandingkan iaitu Pertandingan Karaoke, Keling dan Ratu Asrama serta Pertandingan Tarian.
Saturday, 10 November 2012
Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2012.
Khamis, 8 November 2012.
SK Lobang Batu telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2012 untuk menghargai sumbangan dan mengiktiraf pencapaian murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sepanjang tahun 2012. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Lobang Batu, En. Norbert ak Meting. Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan oleh semua murid SKLB dari kelas Pra sekolah sehingga Tahun 6.
Warga SKLB mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang telah mendapat anugerah serta sijil penghargaan. Semoga penghargaan dan pengiktirafan ini akan meningkatkan azam untuk lebih berjaya pada masa akan datang.
SK Lobang Batu telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2012 untuk menghargai sumbangan dan mengiktiraf pencapaian murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sepanjang tahun 2012. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Lobang Batu, En. Norbert ak Meting. Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan oleh semua murid SKLB dari kelas Pra sekolah sehingga Tahun 6.
Warga SKLB mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang telah mendapat anugerah serta sijil penghargaan. Semoga penghargaan dan pengiktirafan ini akan meningkatkan azam untuk lebih berjaya pada masa akan datang.
Majlis Perpisahan Tahun 6 & En. Clement ak Pro.
Rabu, 7 November 2012.
SK Lobang Batu telah mengadakan Majlis Perpisahan Tahun 6 sebagai acara tahunan untuk meraikan anak-anak murid yang akan meneruskan perjuangan mereka di sekolah menengah pada tahun hadapan. Majlis itu turut meraikan En. Clement ak Pro sebagai tanda terima kasih diatas sumbangan dan jasa beliau sepanjang berkhidmat di SKLB. Beliau akan berpindah ke SK Kujang Sain pada 13 November 2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)