Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Sunday, 9 February 2014

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Untuk makluman semua, pihak kementerian telah mengeluarkan Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat bagi menyeragamkan pemakaian baju korporat di kalangan pegawai / kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sila klik.

Monday, 3 February 2014

Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah Gred DG41 di Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

Untuk makluman guru, sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa permohonan bagi mengisi jawatan Penolong Pengarah Gred DG 41.


Maklumat lanjut seperti di bawah:




Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Sharifah Nurulhuda Bt. Syed Mohamed di talian 03-88849176. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada 15 Februari 2014 ke alamat berikut :


Pengarah Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan MalaysiaAras 2, 
Blok E2,Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Semakan Status Ujian Kompetensi ICT 2013

Untuk maklumat semua, semakan status Ujian Kompetensi ICT 2013 kini dibuka. Sila klik.

Friday, 24 January 2014

Urusan Pemangkuan Gred DG41 ke DG44 2014

Untuk makluman, Iklan Urusan Pemangkuan Gred DG41 ke Gred DG44 Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam akan disiarkan pada Bulan Februari 2014. Sehubungan dengan itu, Ketua Jabatan adalah dipohon supaya melaksanakan pengemaskinian terkini maklumat PPP di bawah pentadbiran masing-masing. Manakala bagi PPP pula dipohon supaya menyemak kembali maklumat-maklumat yang telah dikemaskini oleh Ketua Jabatan bagi memudahkan urusan yang akan dilaksanakan kelak. Sila klik.

Sunday, 17 November 2013

Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2013 dan Keputusan UPSR 2013

Pada hari Khamis, 14 November 2013 yang lepas telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah SK Lobang Batu di Dewan SKLB. Majlis tersebut diadakan sebagai mengiktiraf pencapaian murid-murid SKLB sepanjang tahun 2013 ini. Majlis itu juga turut menyaksikan pengumuman khas daripada Guru Besar SKLB, En. Sapiee bin Deni yang membawa khabar gembira mengenai keputusan rasmi UPSR 2013.
      Keputusan UPSR SKLB 2013 adalah seperti berikut:
       5A - adik Brenda ak Norbert
       4A1B - adik Amysha Nabeela ak Tommy & adik Angelina Elvyna ak Marcus
       72.41% - peratus Lulus Penuh (meningkat 20.89% berbanding 2012)
       2.36 - GPS (meningkat 0.5 berbanding 2012)

       Warga SKLB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak pentadbir, barisan guru Tahun 6, semua guru, staf-staf sokongan dan swasta serta murid-murid Tahun 6 yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan SKLB antara sekolah terbaik UPSR 2013.

Thursday, 17 October 2013

Ujian Kompentensi ICT Online

Untuk makluman semua. 
Ujian ini merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semua GURU dan PENTADBIR WAJIB menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan. 
Sila ikut tarikh seperti berikut untuk menggelakkan kesesakkan sistem:26 Sep - 02 Oct 2013 - Perlis, Perak dan Melaka03 Oct - 08 Oct 2013 - Kelantan, Terengganu dan Pahang09 Oct - 16 Oct 2013 - P.Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur17 Oct - 22 Oct 2013 - Negeri Sembilan dan Johor23 Oct - 31 Oct 2013 - Sabah, Sarawak, Labuan dan Selangor. Sila klik.

Makluman: * Sekiranya mempunyai masalah semasa "Log Masuk" sila hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 atau di emailhelpdesk@opulens-sa.com* Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

Monday, 22 July 2013

Surat Siaran Cuti Peristiwa Dan Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2013

Untuk makluman semua. Surat siaran Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2013 telah dikeluarkan secara rasmi oleh KPM. Untuk maklumat lanjut, sila klik.