Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Tuesday, 31 January 2012

Pengemaskinian Profil Murid.

Untuk makluman. Arahan mengemaskini profil murid mengguna Aplikasi Pangkalan Data Murid sebagai satu pangkalan data utama untuk kegunaan semua sekolah di bawah KPM. Sila klik.

Selamat bertugas cikgu - cikgu.

Awal tahun ini menyaksikan kehadiran 3 guru baru yang berpindah dan mendapat penempatan pertama di SK Lobang Batu. Selamat datang ke 'rumah baru' kepada Cikgu Joe Benny anak Sidi, Cikgu Sabrina anak Senada Henry Bernard dan Cikgu Noor Zulaikha binti Kassnan. Cikgu Joe dan Cikgu Sabrina masing-masing berpindah dari Baram dan Saratok manakala Cikgu Noor Zulaikha menikmati penempatan pertama selepas bergraduat dari Institut Perguruan.
Warga SK Lobang Batu mengucapkan selamat bertugas kepada semua guru sekolah ini untuk sesi 2012. Semoga tahun ini memberi kejayaan manis kepada kita semua.

Saturday, 31 December 2011

Friday, 23 December 2011

SBPA: Capaian internet.

Untuk makluman. Sistem Opsyen SBPA boleh dicapai melalui laman berikut. Sila klik.
Semua guru dan staf sokongan dikehendaki menggunakan no K/P sebagai ID Pengguna dan kata laluan.

Sunday, 11 December 2011

Friday, 9 December 2011

Berita Terkini: Pekeliling SBPA

Untuk makluman. Hebahan pekeliling SBPA boleh dilayari mulai hari ini. Sila klik.
Semua Pekeliling yang disenaraikan adalah dalam format PDF. Bagi yang tiada perisian Acrobat Reader, sila muat turun Acrobat Reader.

Friday, 2 December 2011

Berita terkini: SBPA

Untuk makluman semua. Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dilaksanakan mulai Januari 2012. Surat pekeliling akan ditempatkan dan dihebahkan serentak di portal/laman web JPA, MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti. Keterangan lanjut sila klik.
Tempoh semua kakitangan awam untuk mengisi dan menandatangani opsyen SBPA serta melanjutkan umur persaraan adalah pada 16 hingga 31 Disember 2011. Semua guru dinasihatkan untuk menghubungi sekolah untuk mendapatkan maklumat Borang Opsyen. Sumber daripada NUTP.