Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Thursday, 22 November 2012

Keputusan UPSR 2012.

Keputusan UPSR pada 19 November 2012 yang lepas telah menyaksikan peratus lulus keseluruhan SK Lobang Batu meningkat kepada 51.52%. Peningkatan ini turut diikuti dengan  seorang murid iaitu adik Aezzra Marvin anak Vincent Ragot mendapat keputusan cemerlang 5A. Selain itu, 2 orang murid turut mendapat keputusan yang baik iaitu adik Aaron Marvin anak Vincent Ragot dengan keputusan 4A1C dan adik Istarika anak John Lee dengan keputusan 4A1B. 
        Warga SKLB mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah berjaya. Kepada yang kurang berjaya diharap jangan beputus asa dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan pada masa hadapan. Warga SKLB turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak pentadbiran dan semua guru serta staf sokongan atas kerjasama erat dalam mencapai keputusan tersebut.
       
Mata pelajaran
Bilangan murid
A
B
C
D
E
Peratus
GPMP

BM Pem
33
9
3
13
6
2
75.76%
2.67
BM Pen
33
7
9
5
8
4
63.64%
2.79
BI
33
3
4
15
7
4
66.67%
3.15
Matematik
33
4
5
16
6
2
75.76%
2.91
Sains
33
3
10
13
5
2
78.79%
2.79
GPS
2.86


    

Monday, 19 November 2012

Malam Bakat Murid Asrama 2012

Khamis, 8 November 2012.
Asrama SK Lobang Batu telah menganjurkan Malam Bakat Murid Asrama untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat murid-murid di asrama SKLB. Acara tahunan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan melalui penyertaan dari murid-murid yang menghuni di asrama tersebut. Pelbagai acara dipertandingkan iaitu Pertandingan Karaoke, Keling dan Ratu Asrama serta Pertandingan Tarian.





        

Saturday, 10 November 2012

Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2012.

Khamis, 8 November 2012.
SK Lobang Batu telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2012 untuk menghargai sumbangan dan mengiktiraf pencapaian murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sepanjang tahun 2012. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Lobang Batu, En. Norbert ak Meting. Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan oleh semua murid SKLB dari kelas Pra sekolah sehingga Tahun 6.
         Warga SKLB mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang telah mendapat anugerah serta sijil penghargaan. Semoga penghargaan dan pengiktirafan ini akan meningkatkan azam untuk lebih berjaya pada masa akan datang.












Majlis Perpisahan Tahun 6 & En. Clement ak Pro.

Rabu, 7 November 2012.
SK Lobang Batu telah mengadakan Majlis Perpisahan Tahun 6 sebagai acara tahunan untuk meraikan anak-anak murid yang akan meneruskan perjuangan mereka di sekolah menengah pada tahun hadapan. Majlis itu turut meraikan  En. Clement ak Pro  sebagai tanda terima kasih diatas sumbangan dan jasa beliau sepanjang berkhidmat di SKLB. Beliau akan berpindah ke SK Kujang Sain pada 13 November 2012.
     Warga SKLB mengucapkan 'Selamat Tinggal & Selamat Berjaya' kepada anak-anak murid SKLB dan En. Clement ak Pro setelah mereka meninggalkan sekolah ini. Semoga kita akan berjumpa lagi pada masa akan datang dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah.


Tuesday, 23 October 2012

Sukan Tahunan Antara Rumah ke-18.

Isnin, 22 Oktober 2012.
SK Lobang Batu dengan kerjasama PIBG SKLB telah berjaya menganjurkan Sukan Tahunan Antara Rumah ke-18 di Padang Kampung Sebintin. Sukan Tahunan ini telah dirasmikan oleh PPD Serian melalui wakilnya, En. Maurice Jusimin. Sebanyak 55 acara padang dan balapan serta sukaneka untuk murid Prasekolah telah dipertandingkan sepanjang kejohanan berlangsung. Rumah-rumah yang bertanding adalah Rumah Hijau, Rumah Biru, Rumah Merah dan Rumah Kuning. Juara Keseluruhan  dirangkul oleh Rumah Hijau untuk kali yang ke-4 berturut-turut. Naib juara adalah Rumah Biru dan tempat ketiga jatuh kepada Rumah Merah. Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga kontijen tersebut.
          Warga SKLB juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Sukan Tahunan ini. Semoga kerjasama erat ini akan sentiasa terjalin dalam menjayakan program sekolah pada masa akan datang.






Sunday, 21 October 2012

SAPS.

Untuk makluman semua guru. Pengisian markah Peperiksaan Akhir Tahun sudah dibuka. Tarikh akhir memasukkan markah adalah pada 30 November 2012. Sila masuk ke Aplikasi Talian.

SPPBS

Untuk makluman guru KSSR. Semua prestasi murid Tahun 1 dan Tahun 2 2012 perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012. Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi, bagi memberi laluan kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'. Sila masuk ke Aplikasi Talian.