Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Friday, 8 February 2013

Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) 2013.

 Untuk makluman semua guru. Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) 2013. Sila klik.

Kejohanan Padang Dan Balapan Antara Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Serian 2013.

Khamis, 7 Februari 2013.

SKLB telah menghantar seramai 26 atlit untuk menyertai Kejohanan Padang Dan Balapan Antara Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Serian di Stadium Serian bermula 6 hingga 7 Februari 2013. Sepanjang kejohanan tersebut, atlit SKLB telah berjaya menggondol 1 emas, 2 perak dan 1 gangsa. Adik Fadem Owen telah mengungguli acara 80m lari berpagar lelaki 12 tahun ke bawah. 2 perak disumbangkan oleh adik Anderson Luhat dan adik Soljaer  masing-masing dalam acara lontar peluru lelaki 12 tahun ke bawah dan acara 70m lari berpagar 11 tahun ke bawah. Gangsa pula disumbangkan oleh adik Paolo Guastalvino melalui acara lompat jauh 10 tahun ke bawah. 3 atlit SKLB juga telah terpilih untuk mewakili Daerah Serian. Secara keseluruhan, SKLB telah berjaya menduduki tempat ke-10 dari 79 buah sekolah yang bertanding.
      Warga SKLB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai dan para atlit yang terlibat dalam mencipta sejarah buat pertama kalinya berjaya memasuki kelompok sepuluh sekolah terbaik didalam kejohanan tersebut. Semoga usaha dan dedikasi ini dapat diteruskan untuk melonjakkan pretasi sukan SKLB ke tahap yang lebih tinggi. Rise Lobang Batu Rise.




Tuesday, 5 February 2013

Pengisian Kekosongan Sekolah Dalam Hospital.

Untuk makluman semua. 

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, DG44(KUP) dan DG48 (KUP) 
dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) N17 di Sekolah Dalam Hospital 
seperti lokasi berikut :-

Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor

Hospital Umum Sarawak, Sarawak

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Sabah

Borang permohonan boleh dimuat turun di Portal Rasmi Kementerian Pelajaran
Malaysia. Tarikh tutup permohonan ialah  pada  25 Februari 2013.

Tuesday, 22 January 2013

Bantuan Awal Persekolahan

Isnin, 21 Januari 2013.

SK Lobang Batu telah mengagihkan wang Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100 kepada semua murid dalam satu majlis ringkas bersama ibu bapa murid di Dewan Wawasan pada jam 2 petang. Majlis turut dihadiri oleh ketua kampung Batu Bedang, Batu Mawang dan Sebintin.
        Warga SKLB berharap dengan bantuan ini dapat meringankan beban kewangan ibu bapa dan membantu murid-murid untuk membeli peralatan sekolah.

Monday, 31 December 2012

Mesyuarat Staf 1 2013 dan Makan Malam Tahunan SKLB

Sabtu, 29 Disember 2013.

Untuk julung kalinya, SK Lobang Batu telah membuat kelainan dengan mengadakan Mesyuarat Staf yang pertama untuk sesi 2013 dan Makan Malam Tahunan di Hotel Harbour View, Kuching. Hotel tersebut dipilih adalah untuk memberi penghargaan dan motivasi kepada semua guru dan staf sokongan SKLB dalam menjalankan tugas dengan lebih komited dan berdedikasi pada tahun hadapan.
           Semoga mesyuarat dan majlis tersebut dapat mengeratkan semangat kerjasama antara semua warga SKLB untuk menjulang nama dan meningkatkan prestasi sekolah ke peringkat yang lebih tinggi pada tahun 2013.






Saturday, 15 December 2012

Semakan Urusan Kenaikan Pangkat.

Untuk makluman guru. Semakan Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat secara "Time-Based" DG41 ke DG44 sudah dapat diakses. Sila klik.

Wednesday, 12 December 2012

Semakan Urusan Kenaikan Pangkat.

Untuk makluman para guru. Semakan Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat secara "Time-Based" DGA34 dan DGA38 sudah dapat diakses. Sila klik.