Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Wednesday, 29 May 2013

Permohonan Guru Cemerlang

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Cemerlang di sekolah dan Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2013. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah diberi mandat untuk menjadi Urus Setia Induk Penilaian Guru Camerlang dan Pensyarah Cemerlang 2013.

Pemangkuan gred jawatan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Guru Sekolah : Gred Khas C, DG54, DG52, DG44, DGA38, DGA34 & DGA32
Pensyarah IPG : Gred Khas C & DG48
Pensyarah IAB / KM/ ELTC :Gred Khas C, DG54 & DG52

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Jumaat, 21 Jun 2013.

Syarat Umum Permohonan
1. Telah disahkan dalam perkhidmatan
2. Telah dinaikkan pangkat ke gred semasa. Calon yang sedang memangku tidak layak memohon
3. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85% dan ke atas untuk setiap tahun bagi tahun 2010, 2011, dan 2012
4. Bebas daripada tindakan tatatertib
5. Telah membuat pengisytiharan harta (tempoh sah laku 5 tahun)
6. Lulus tapisan keutuhan SPRM
7. Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan / tabung pendidikan
8. Diperaku oleh Ketua Jabatan

Syarat Khusus Permohonan
1. Tempoh perkhidmatan melebihi 5 tahun pada 1 Januari 2013.
(*Bagi yang posting pada 1 Januari 2008 atau sebelumnya. Jika posting selepas 1 Januari 2008, bermakna tahun perkhidmatan baru 4 tahun dan 3++ hari)
2. Pemohon telah disahkan jawatan dalam gred semasa.
3. Mata pelajaran / bidang kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran / bidang utama yang diajar oleh pemohon.
4. Mengajar mata pelajaran / bidang kepakaran selama 3 tahun terakhir berturut-turut.
5. Calon bidang pentadbiran (seperti PK, Guru Kanan) boleh memohon, dengan syarat mesti melepaskan jawatan tersebut jika ditawarkan Guru Cemerlang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=3282

Wednesday, 24 April 2013

Warga baru SKLB

Pada 16 April 2013 yang lepas, SKLB  telah menerima kedatangan guru baru dari SK Gahat Mawang iaitu Puan Desy ak Entawai. Beliau baru sahaja berpindah ke Daerah Serian pada awal tahun ini setelah 2 tahun berkhidmat di SK Kampung Kebuaw di Daerah Dalat. 
     Warga SKLB ingin mengucapkan 'Selamat Datang' kepada Puan Desy dan berbesar hati dengan kedatangan beliau ke sekolah ini. Semoga kita dapat bekerjasama dan berjaya memacu SKLB untuk mencapai kecemerlangan.

Tuesday, 23 April 2013

Perpindahan Warga SKLB .

Bermula pada hari Isnin, 22 April 2013, menyaksikan seorang guru SKLB, Encik Elvis ak Dickson berpindah ke sekolah baru setelah menerima perlantikan sebagai PKKK di SK Riih Daso. Beliau merupakan salah seseorang warga SKLB yang paling lama berkhidmat di sekolah ini. Setelah hampir 20 tahun menabur bakti di SKLB, beliau mengambil keputusan untuk bertukar angin dan menimba pengalaman sebagai Penolong Kanan Ko-Kurukulum. 
      Warga SKLB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Elvis diatas perlantikan baru beliau. Jutaan terima kasih juga diucapkan diatas jasa dan pengorbanan beliau yang tanpa jemu menyumbang tenaga dan usaha untuk kejayaan SKLB selama ini. Jasamu dikenang.

Tuesday, 9 April 2013

Sistem Pertukaran Guru Secara Online Jun 2013

Untuk makluman para guru. Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DGA 34 (KUP time based), DG 41, DG 44 (KUP time based), DG 48 (KUP time based) dan DG 52 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 April 2013. Sila klik.

Friday, 8 February 2013

Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) 2013.

 Untuk makluman semua guru. Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) 2013. Sila klik.

Kejohanan Padang Dan Balapan Antara Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Serian 2013.

Khamis, 7 Februari 2013.

SKLB telah menghantar seramai 26 atlit untuk menyertai Kejohanan Padang Dan Balapan Antara Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Serian di Stadium Serian bermula 6 hingga 7 Februari 2013. Sepanjang kejohanan tersebut, atlit SKLB telah berjaya menggondol 1 emas, 2 perak dan 1 gangsa. Adik Fadem Owen telah mengungguli acara 80m lari berpagar lelaki 12 tahun ke bawah. 2 perak disumbangkan oleh adik Anderson Luhat dan adik Soljaer  masing-masing dalam acara lontar peluru lelaki 12 tahun ke bawah dan acara 70m lari berpagar 11 tahun ke bawah. Gangsa pula disumbangkan oleh adik Paolo Guastalvino melalui acara lompat jauh 10 tahun ke bawah. 3 atlit SKLB juga telah terpilih untuk mewakili Daerah Serian. Secara keseluruhan, SKLB telah berjaya menduduki tempat ke-10 dari 79 buah sekolah yang bertanding.
      Warga SKLB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai dan para atlit yang terlibat dalam mencipta sejarah buat pertama kalinya berjaya memasuki kelompok sepuluh sekolah terbaik didalam kejohanan tersebut. Semoga usaha dan dedikasi ini dapat diteruskan untuk melonjakkan pretasi sukan SKLB ke tahap yang lebih tinggi. Rise Lobang Batu Rise.




Tuesday, 5 February 2013

Pengisian Kekosongan Sekolah Dalam Hospital.

Untuk makluman semua. 

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, DG44(KUP) dan DG48 (KUP) 
dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) N17 di Sekolah Dalam Hospital 
seperti lokasi berikut :-

Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor

Hospital Umum Sarawak, Sarawak

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Sabah

Borang permohonan boleh dimuat turun di Portal Rasmi Kementerian Pelajaran
Malaysia. Tarikh tutup permohonan ialah  pada  25 Februari 2013.