Untuk makluman semua.
Ujian ini merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semua GURU dan PENTADBIR WAJIB menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan.
Sila ikut tarikh seperti berikut untuk menggelakkan kesesakkan sistem:26 Sep - 02 Oct 2013 - Perlis, Perak dan Melaka03 Oct - 08 Oct 2013 - Kelantan, Terengganu dan Pahang09 Oct - 16 Oct 2013 - P.Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur17 Oct - 22 Oct 2013 - Negeri Sembilan dan Johor23 Oct - 31 Oct 2013 - Sabah, Sarawak, Labuan dan Selangor. Sila klik.
Makluman: * Sekiranya mempunyai masalah semasa "Log Masuk" sila hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 atau di emailhelpdesk@opulens-sa.com* Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Thursday, 17 October 2013
Monday, 22 July 2013
Surat Siaran Cuti Peristiwa Dan Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2013
Untuk makluman semua. Surat siaran Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2013 telah dikeluarkan secara rasmi oleh KPM. Untuk maklumat lanjut, sila klik.
Wednesday, 29 May 2013
Permohonan Guru Cemerlang
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan
melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
sebagai Guru Cemerlang di sekolah dan Pensyarah Cemerlang di Institut
Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi
(KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC) secara Khas Untuk
Penyandang (KUP) di Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2013. Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti telah diberi mandat untuk menjadi Urus Setia
Induk Penilaian Guru Camerlang dan Pensyarah Cemerlang 2013.
Pemangkuan gred jawatan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Guru Sekolah : Gred Khas C, DG54, DG52, DG44, DGA38, DGA34 & DGA32
Pensyarah IPG : Gred Khas C & DG48
Pensyarah IAB / KM/ ELTC :Gred Khas C, DG54 & DG52
Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Jumaat, 21 Jun 2013.
Syarat Umum Permohonan
1. Telah disahkan dalam perkhidmatan
2. Telah dinaikkan pangkat ke gred semasa. Calon yang sedang memangku tidak layak memohon
3. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85% dan ke atas untuk setiap tahun bagi tahun 2010, 2011, dan 2012
4. Bebas daripada tindakan tatatertib
5. Telah membuat pengisytiharan harta (tempoh sah laku 5 tahun)
6. Lulus tapisan keutuhan SPRM
7. Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan / tabung pendidikan
8. Diperaku oleh Ketua Jabatan
Syarat Khusus Permohonan
1. Tempoh perkhidmatan melebihi 5 tahun pada 1 Januari 2013.
(*Bagi yang posting pada 1 Januari 2008 atau sebelumnya. Jika posting selepas 1 Januari 2008, bermakna tahun perkhidmatan baru 4 tahun dan 3++ hari)
2. Pemohon telah disahkan jawatan dalam gred semasa.
3. Mata pelajaran / bidang kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran / bidang utama yang diajar oleh pemohon.
4. Mengajar mata pelajaran / bidang kepakaran selama 3 tahun terakhir berturut-turut.
5. Calon bidang pentadbiran (seperti PK, Guru Kanan) boleh memohon, dengan syarat mesti melepaskan jawatan tersebut jika ditawarkan Guru Cemerlang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=3282

Wednesday, 24 April 2013
Warga baru SKLB
Pada 16 April 2013 yang lepas, SKLB telah menerima kedatangan guru
baru dari SK Gahat Mawang iaitu Puan Desy ak Entawai. Beliau baru sahaja
berpindah ke Daerah Serian pada awal tahun ini setelah 2 tahun
berkhidmat di SK Kampung Kebuaw di Daerah Dalat.
Warga SKLB ingin mengucapkan 'Selamat Datang' kepada Puan Desy dan berbesar hati dengan kedatangan beliau ke sekolah ini. Semoga kita dapat bekerjasama dan berjaya memacu SKLB untuk mencapai kecemerlangan.
Tuesday, 23 April 2013
Perpindahan Warga SKLB .
Bermula pada hari Isnin, 22 April 2013, menyaksikan seorang guru SKLB, Encik Elvis ak Dickson berpindah ke sekolah baru setelah menerima perlantikan sebagai PKKK di SK Riih Daso. Beliau merupakan salah seseorang warga SKLB yang paling lama berkhidmat di sekolah ini. Setelah hampir 20 tahun menabur bakti di SKLB, beliau mengambil keputusan untuk bertukar angin dan menimba pengalaman sebagai Penolong Kanan Ko-Kurukulum.
Warga SKLB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Elvis diatas perlantikan baru beliau. Jutaan terima kasih juga diucapkan diatas jasa dan pengorbanan beliau yang tanpa jemu menyumbang tenaga dan usaha untuk kejayaan SKLB selama ini. Jasamu dikenang.
Tuesday, 9 April 2013
Sistem Pertukaran Guru Secara Online Jun 2013
Untuk makluman para guru. Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DGA 34 (KUP time based), DG 41, DG 44 (KUP time based), DG 48 (KUP time based) dan DG 52 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 April 2013. Sila klik.
Friday, 8 February 2013
Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) 2013.
Untuk makluman semua guru. Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) 2013. Sila klik.
Subscribe to:
Posts (Atom)