Untuk makluman semua guru. Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Bahagian Sesi Januari 2015 telah diumumkan pada jam 11.30 malam, 31 Oktober 2014. Sila klik untuk semak permohonan.
Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Monday, 3 November 2014
Wednesday, 15 October 2014
TAKWIM SEKOLAH 2015.
Untuk makluman semua. Takwim sekolah 2015 telah dikeluarkan oleh pihak KPM. Sila klik.
Friday, 10 October 2014
URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN GRED DG32 HINGGA GRED DG54
Untuk makluman semua warga SKLB. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan kenaikan pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan Tahun 2013 Dan Januari Hingga Jun 2014 (Urusan Cicir) bermula dari 13 Oktober sehingga 12 Disember 2014. Sila klik.
Thursday, 27 March 2014
Urusan Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29, DG32, DG34 Dan DG38 Yang Memperolehi Ijazah Semasa Dalam Perkhidmatan Ke Gred DG42 Di KPM
Untuk makluman warga guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG42. Mana-mana pegawai yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Ketua Jabatan untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) di KPM bagi tujuan kenaikan pangkat tersebut. Sila klik.
Monday, 3 March 2014
Proses Sokongan Dan Pengesahan Secara Dalam Talian Oleh Pengetua Dan Guru Besar Bagi Permohonan Kursus Pembangunan Kompetensi Tahun 2014
Sukacita dimaklumkan, proses sokongan bagi permohonan Kursus Pembangunan Kompetensi Guru bagi tahun 2014 boleh dilaksanakan bermula 1 Mac 2014 sehingga 8 Mac 2014. Sila layari http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgAdmin
untuk proses sokongan secara dalam talian. Bagi ID Pengguna dan kata laluan, sila rujuk kepada pegawai latihan di Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
untuk proses sokongan secara dalam talian. Bagi ID Pengguna dan kata laluan, sila rujuk kepada pegawai latihan di Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Sunday, 9 February 2014
Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Untuk makluman semua, pihak kementerian telah mengeluarkan Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat bagi menyeragamkan pemakaian baju korporat di kalangan pegawai / kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sila klik.
Monday, 3 February 2014
Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah Gred DG41 di Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia
Untuk makluman guru, sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa permohonan bagi mengisi jawatan Penolong Pengarah Gred DG 41.
Maklumat lanjut seperti di bawah:
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Sharifah Nurulhuda Bt. Syed Mohamed di talian 03-88849176. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada 15 Februari 2014 ke alamat berikut :
Pengarah Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan MalaysiaAras 2,
Blok E2,Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)