Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Sunday 24 July 2011

Saturday 23 July 2011

Sukan Sekolah 2011

Pada 8 Julai 2011, telah diadakan sukan sekolah ke-17 yang bertempat di padang bola sepak kampung Batu Bedang. Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Rumah Hijau kerana berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Sukan Sekolah 2011 buat kali ketiga berturut-turut. Kontinjen Rumah Biru berada di tempat kedua. Tempat ketiga dan keempat masing-masing di duduki oleh Kontinjen Rumah Kuning dan Rumah Merah.

Rumah Hijau bersedia menghadapi kejohanan

Sunday 17 July 2011

Program 1Murid1Sukan

Video Program 1Murid 1Sukan di SK Lobang Batu pada 2 Julai 2011 yang lalu..
 
Sesi memanaskan badan bersama Cikgu Mounsey dan Cikgu Elizer 

Ucapan alu-aluan Guru Besar En. Jukah sebelum memulakan larian dan rakaman ringkas larian 1Murid 1Sukan.

10% markah kokurikulum kemasukan ke ipta

Untuk makluman semua warga sekolah. Sila klik.

Tuesday 12 July 2011

Salam 1Malaysia.

Segala puji dan syukur ke atas-Nya kerana telah memberi kami ruang dan peluang untuk memperkenalkan blog SK Lobang Batu yang julung kalinya dibina. Semoga kita semua mendapat manfaat dengan melayari blog ini dan berkongsi ilmu untuk memantapkan profesion perguruan demi kepentingan anak didik kita.