Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Tuesday 2 December 2014

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2014

Rabu, 26 November 2014.

Majlis Pengumuman Keputusan UPSR 2014 telah diadakan di Dewan Sri Silabur SKLB pada jam 10 pagi. Semua murid Tahun 6 telah hadir sambil ditemani oleh ibu bapa masing-masing. Guru Besar SKLB, En. Sapiee bin Deni telah menyampaikan pengumuman tersebut bersama-sama PK 1, En. Michael anak Dasak.
       Secara keseluruhan keputusan UPSR SKLB pada tahun 2014 mencatat penurunan dari segi peratus kelulusan dan GPS. Walaupun keputusan UPSR kurang memuaskan tetapi kualiti 5A masih dapat dikekalkan pada tahun ini.
       Keputusan UPSR 2014 adalah seperti berikut:
   
       5A - adik Megan Everlinna anak Silikau
       4A1B - adik Gloria Daisy anak Neset
       3A2B - adik Steffy Natalie anak Franky
       51.37% (19/37) - penurunan 24.49% berbanding tahun lepas.
       2.88 - GPS 2014 menurun 0.52 berbanding GPS 2013.

      Warga SKLB mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid-murid yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya, usahlah berputus asa. Perjalanan anda semua masih jauh. Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.


GB En. Sapiee bin Deni menyerahkan slip keputusan kepada adik Megan Everlinna

Penyerahan slip keputusan kepada adik Gloria Daisy


Bergambar bersama murid-murid Tahun 6 selepas tamat majlis Pengumuman Keputusan UPSR 2014

      

No comments:

Post a Comment